Pages

Tuesday 29 April 2014

MENGUPAS ARTIKEL BALKANISASI SIBER OLEH SUARA MURBA




Menerusi Artikel 3: Balkanisasi Siber: Gangguan kepada semangat 1Malaysia yang disuarakan oleh Suara Murba, pada pandangan saya, artikel tersebut telah memainkan peranan yang berbaloi dalam menyampaikan maklumat dan jawapan tentang isu tersebut.

Contohnya, pada awalnya, penulis ada menyatakan secara terang tentang definisi balkanisasi dan menghubungkaitkan dengan situasi siber di negara kita. Dengan penyampaian yang ringkas tetapi padat, artikel tersebut telah melahirkan pemahaman tentang balkanisasi siber itu sendiri.

Dalam pada itu, terdapat di dalam artikel tersebut, penulis juga menyatakan rasa bimbang sekiranya dalam konteks media cetak, pembaca sering diasak dengan berita-berita yang mengheret kepada kelemahan kerajaan, semangat 1Malaysia akan jatuh dan tidak diyakini oleh rakyat keseluruhannya di mana saya bersetuju dengan cara penyampaian dan pemikiran beliau. Contohnya, beliau juga menyatakan berdasarkan kajian mininya, tabloid politik di negara kita mengandungi 97% berita politik dan 90% adalah bertujuan menyuntik kebencian terhadap kerjaan dengan mengangkat konflik politik sebagai nilai berita utama. 


Kebebasan media yang terlalu ekstrem tanpa mempraktiskan etika 
Di samping itu, terdapat tentang kebebasan media hendaklah disertai dengan etika tanggungjawab dan profesionalisme di dalam artikel tersebut. Misalnya, dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat, pihak media hendaklah persembahkannya dengan cara yang dapat membuka minda tanpa mengganggu obsesi mental. Jika tidak, sampai bila-bila pun semangat 1Malaysia akan diganggu dan gagal dicapai.


Menerusi persoalan pada pentas sosio politik, pada pendapat saya, penulis juga telah mempersembahkan penyampaian dan maksud yang mendalam dan padat di dalam artikel tersebut kerana beliau telah menimbulkan aliran fahaman yang mula dipersoalkan isu-isu yang sebelumnya tidak pernah disentuh contohnya isu dan hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di IPT, dan lain-lain. Pada pandangan saya, isu-isu sebegini tidak seharusnya disentuh kerana ia merupakan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Namun, ia tetap diasak melalui media tertentu atau golongan tertentu sama ada yang tertegak atas platform politik atau badan-badan sosial. Oleh itu, semangat 1Malaysia akan semakin diganggu serta rakyat akan mensyaki antara satu sama lain.





Dr. Rahmat Ghazali, penulis di ruang suaramurba.blogspot


Dalam pada itu, penulis juga berjaya dilihat berfikiran kreatif dan kritis kerana beliau menyampaikan pemahaman balkanisasi yang mana diperkenalkan awal oleh Cass Sustein dengan baik dan mengaitkan dengan situasi di negara kita dalam konteks semangat 1Malaysia. Beliau juga berjaya melahirkan andaian dan pendapat yang logik di dalam artikel tersebut.

Selain itu, penulis pandai memainkan peranannya di dalam artikel tersebut kerana beliau tegas menyatakan bahawa apa yang disenaraikannya mungkin tidak begitu signifikan untuk menyimpulkan gejala sedemikian sebagai kesan langsung daripada gejala balkanisasi media. Namun, beliau telah membawa para pembaca dalam membuka minda dan mata supaya berfikir secara mendalam tentang balkanisasi siber tersebut dan akan terbukti kecenderungan semangat 1Malaysia akan jatuh dan gagal dilaksanakan dengan baik.


BACA SELANJUTNYA

No comments:

Post a Comment