Pages

Tuesday 29 April 2014

DEBAT



CIA DAN TEORI KONSPIRASI KEHILANGAN MH370 

Berdasarkan artikel yang dipaparkan dalam Mingguan Malaysia pada 6 April 2014 yang bertajuk CIA dan teori konspirasi hilangnya MH370, saya menyokong dengan artikel yang berkenaan kerana terdapat banyak kemungkinan besar boleh dikaitkan dengan teori yang diterangkan oleh penulis.

Kehilangan pesawat MH370 dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing, China yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sangat misteri kerana dilaporkan hilang dan  melencong jauh dari laluan ke Beijing. Dan akhirnya, telah dilaporkan berakhir di tengah Lautan Hindi. Namun begitu, pelbagai persoalan muncul apabila insiden ini dikatakan  hilang namun tiada kaitan dengan kemalangan mahupun rampasan.

Artikel tersebut ada mengatakan jumlah penumpang warga China ini menjadi kata kunci kepada teori konspirasi kehilangan MH370 kerana ini berkait dengan hubungan politik dan ekonomi Malaysia - China di tahap sangat baik hingga dicemburui oleh sesetengah kuasa besar. Pada pandangan saya, cara pemikiran penulis tentang artikel ini adalah logik dan saya bersetuju kerana berkemungkinan besar adalah betul.

MH 370 yang hilang sejak 8 Mac lalu masih tidak menemukan apa-apa jawapan.

Di samping itu, penulis juga ada memberi pandangan bahawa tragedi tersebut telah dirancang oleh pihak tertentu untuk menjejaskan hubungan Malaysia dengan China. Dalam pada itu, penulis juga ada menyamakan akan tragedi serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dirancang oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan  ini adalah kemungkinan besar  tragedi MH 370 adalah tidak mustahil dapat dikaitkan dengan CIA.

Selain itu, pada pandangan saya, cara penulisan artikel mengenai MH 370 adalah kreatif dan diterima akal kerana ia mengajak kita berfikir di luar kotak dan menolak daripada berfikir seperti berfikir di luar kotak yang dibina oleh AS. Contohnya, artikel tersebut memberi pandangan jauh dan jawapan di sebalik apa yang berlaku serta pemahaman tentang CIA dan tragedi serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia serta CNN. 

Dalam pada itu, artikel ini cuba menarik pemahaman orang luar tentang CNN kelihatan begitu beremosi apabila Malaysia tidak membenarkan CIA mengetuai pencarian pesawat MH370 dan bertindak menyemarakkan kemarahan keluarga penumpang warga China hingga menggugatkan hubungan Malaysia - China. Dan bagi saya, artikel ini sangat menarik kerana cuba untuk menimbulkan rasa sangsi dan ragu dalam kalangan rakyat.

Saya juga bersetuju artikel tersebut menyatakan bahawa ia telah mengeruhkan hubungan diplomatik dan ekonomi antara kedua-dua negara. Hal ini demikian kebergantungan Malaysia kepada China dalam ekonomi sangat tinggi dan MH370 telah memberikan kesan yang sangat besar.

Oleh sebab itu, saya menyokong akan artikel tersebut kerana kita mestilah mempunyai rasa curiga dengan pihak luar yang mempunyai sejarah liarnya serta agenda yang tersembunyi. Pada pandangan kasar saya, adalah betul bahawa tidak semua pandangan yang dianggap 'karut' dan 'tidak masuk akal' hanya teori konspirasi kosong semata-mata.

BACA SELANJUTNYA

No comments:

Post a Comment