CIA DAN TEORI KONSPIRASI KEHILANGAN MH370
Berdasarkan artikel yang dipaparkan
dalam Mingguan Malaysia pada 6 April 2014 yang bertajuk CIA dan teori
konspirasi hilangnya MH370, saya menyokong dengan artikel yang berkenaan kerana
terdapat banyak kemungkinan besar boleh dikaitkan dengan teori yang diterangkan
oleh penulis.
Kehilangan pesawat MH370 dalam
penerbangan dari KLIA ke Beijing, China yang membawa 239 penumpang dan anak
kapal sangat misteri kerana dilaporkan hilang dan melencong jauh dari laluan ke Beijing. Dan
akhirnya, telah dilaporkan berakhir di tengah Lautan Hindi. Namun begitu,
pelbagai persoalan muncul apabila insiden ini dikatakan hilang namun tiada kaitan dengan kemalangan
mahupun rampasan.
Artikel
tersebut ada mengatakan jumlah penumpang warga China ini menjadi kata kunci
kepada teori konspirasi kehilangan MH370 kerana ini berkait dengan hubungan
politik dan ekonomi Malaysia - China di tahap sangat baik hingga dicemburui
oleh sesetengah kuasa besar. Pada pandangan saya, cara pemikiran penulis
tentang artikel ini adalah logik dan saya bersetuju kerana berkemungkinan besar
adalah betul.
MH 370 yang hilang sejak 8 Mac lalu masih tidak menemukan apa-apa jawapan.
Di
samping itu, penulis juga ada memberi pandangan bahawa tragedi tersebut telah
dirancang oleh pihak tertentu untuk menjejaskan hubungan Malaysia dengan China.
Dalam pada itu, penulis juga ada menyamakan akan tragedi serangan ke atas Pusat
Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dirancang oleh Agensi
Perisikan Pusat (CIA) dan ini adalah
kemungkinan besar tragedi MH 370 adalah
tidak mustahil dapat dikaitkan dengan CIA.
Selain
itu, pada pandangan saya, cara penulisan artikel mengenai MH 370 adalah kreatif
dan diterima akal kerana ia mengajak kita berfikir di luar kotak dan menolak daripada
berfikir seperti berfikir di luar kotak yang dibina oleh AS. Contohnya, artikel
tersebut memberi pandangan jauh dan jawapan di sebalik apa yang berlaku serta
pemahaman tentang CIA dan tragedi serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia serta
CNN.
Dalam
pada itu, artikel ini cuba menarik pemahaman orang luar tentang CNN kelihatan
begitu beremosi apabila Malaysia tidak membenarkan CIA mengetuai pencarian pesawat
MH370 dan bertindak menyemarakkan kemarahan keluarga penumpang warga China
hingga menggugatkan hubungan Malaysia - China. Dan bagi saya, artikel ini
sangat menarik kerana cuba untuk menimbulkan rasa sangsi dan ragu dalam
kalangan rakyat.
Saya juga
bersetuju artikel tersebut menyatakan bahawa ia telah mengeruhkan hubungan
diplomatik dan ekonomi antara kedua-dua negara. Hal ini demikian kebergantungan
Malaysia kepada China dalam ekonomi sangat tinggi dan MH370 telah memberikan
kesan yang sangat besar.
Oleh
sebab itu, saya menyokong akan artikel tersebut kerana kita mestilah mempunyai rasa
curiga dengan pihak luar yang mempunyai sejarah liarnya serta agenda yang
tersembunyi. Pada pandangan kasar saya, adalah betul bahawa tidak semua
pandangan yang dianggap 'karut' dan 'tidak masuk akal' hanya teori konspirasi
kosong semata-mata.
BACA SELANJUTNYA
BACA SELANJUTNYA